CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Selasa, 24 Jun 2008

aDAb BerCaKap...

Kalau nak bercakap pon ade adab dan carenye taw.... Cube bace post Wanie kali nie....

  1. Rasulullah S.A.W bersabda, "Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah".

  2. Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar

  3. Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.

  4. Jika seoarng sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.

  5. Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.

  6. Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.

  7. Jangan sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil dalam agama

  8. Jangan bercakap secara berkumam mulut

  9. Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orang

  10. Jangan memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan panggilan nama, seeloknya pangillah dengan nama yang memuliakan mereka.

  11. Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya

  12. Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.

SaHabaT....

Ni lirik lagu sahabat yang kat tepi tu....
Hayati la lirik nye ek...


=SAHABAT-HAWARY=


Pertemuan...telah ditakdirkan...
antara kita tidak pernah dirancangkan.
..
manalah takdir hendak dilawan
...
semuanya ketentuan tuhan...

wahai sahabat sematkan semua kenangan

yang telah bersama sama kita lalui

suka dan duka memburu impian
..
moga teguh..nya ikatan ini
..

sahabat...yang amat ku kasihi..(kasihi..)
susah senang kau disampingku
(di sampingku..)
kehadiran dikau disisi...
(sahabatku)..
mengubat sepi dihatiku...

wahai sahabat sematkan semua kenangan
yang telah bersama -sama kita lalui

suka dan duka memburu impian
...
moga teguhnya ikatan ini...

sahabat...yang amat ku cintai
...(cintai..)
susah senag kau disampingku(di sampingku..)
walau kini hilang dimata
..(sahabatku..)
namun kau tetap dihatiku..(sahabatku..)

ooo...sahabat bertuahnya ku rasa
mendapat teman sepetimu

membimbing menasihatiku
...
hanya satu dlm beribu.....

ooooooo......
sahabat yang amatku cintai
....
susah senang kau disampingku...
walau kini hilang dimata....
namun kau tetap dihatiku...

namun kini... hanyalah tinggal kenangan
pertemuan kita dilamat perpisahan

kemesraan bermekar diakhir perkenalan

sayup menitiskan air mataku


Kenape doa kite tak dimakbulkan???

Dah lame Wanie tak update blog ni...sori la ek...busy cket...Kali ni Wanie nak kongsi pasal "Sebab-sebab Doa Ditolak".....


PERTAMA
=Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan hak-Nya.

KEDUA
=Kamu berkata bahawa kamu cinta kepada Rasullah s..a.w. tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.

KETIGA =Kamu telah membaca AL-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.

KEEMPAT =Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersykur kepada-Nya.

KELIMA =Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.

KEENAM =Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.

KETUJUH =Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.

KELAPAN =Kamu berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.

KESEMBILAN =Kamu bangun dari tidur, lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.

KESEPULUH =Kamu kebumikan mayat-mayat sahabat kamu, tetapi kamu tidak mengambil iktibar (pengajaran) daripada mereka.

Khamis, 5 Jun 2008

12 Azab Meninggalkan Solat

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda :"Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.

Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-
1.Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
2.Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
3.Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

1.Roh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
2.Dia akan merasa yang amat pedih ketika roh dicabut keluar.
3.Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :
1.Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
2.Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3.Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

1. Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
2. Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
3. Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.

So, diharapkan agar sesape yang ade meninggalkan solat, insaflah..... Wanie akui tak de manusia yang sempurna..... Oleh itu, kite saling ingat mengingati antara satu same len....

Menghormati Azan

Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut. "Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...." AMIN....


Kuku

Dosa Berkuku Panjang

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya ama seperti memelihara sekandangbabi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjag.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.


The Truth
Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.
Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah. Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang. Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata
pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.


And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.


Rabu, 4 Jun 2008

Kenali diri

: : SIAPA KITA EK ???... : :


Sebagai post Wanie yang pertame, Wanie nak kongsi sikit tazkirah
yang Wanie tau.... Hayatilah bersame..

Siapakah orang yang sombong
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi
tidak mahu sujud pa
da yang menjadikan
kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam.
Maka bertasbihlah segala apa yang dibumi dan langit pada
TuhanNya kecuali jin dan manusia yangsombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi
petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan
cerita2
kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam
jiwa untuk bertaubat.


Siapakah orang dunggu kepala otaknya?

Orang yang dungg
u kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu
lakukan ibadat tapi menyangka bahawa
Tuhan tidak akan
menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang
dengan kemaksiatannya.


Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya
ketika ia di dalam kemarahan.
Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan

matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya
untuk membaca selawat keatas
junjungan Rasulullah s. a. w.


Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca

dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil
pelajaran daripadanya.


Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran
yang baik namun tidak diendahkannya.


Siapakah ora
ng yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat
akan waktu solatnya seolah-olah ia
mempunyai kerajaan
seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.


Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang
yang di timpa musibah lalu dia kata
"Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini",
sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang mena
ngis airmata mutiara adalah orang-orang yang
sedang bersendiri lalu mengingat akan
kebesaran Tuhan dan
menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.


Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang
ada dan tidak loba akan kenikmatan
dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang
ada sentiasa menumpuk-numpukkan
harta.


Siapakah orang y
ang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari
kematiannya kerana dunia ini berusia
pendek sedang akhirat
kekal abadi


Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha
sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan
akhiratnya diabaikan.


Siapakah orang
yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang
senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.


Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?

Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang
tidak memperdulikan akan halal dan haramnya
akan sesuatu perkara itu.


Siapakah orang yang gila itu?

Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana
hanya dua syarat saja yang
memperbolehkan akan seorang itu
meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua

ketika ia tidak
siuman akalnya.


Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan
namun masih berat untuk melakukan
ibadat dan amal-amal kebaikkan.


Siapakah orang yang selalu ditipu?

Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka
bahawa kem
atian itu berlaku hanya pada orang tua.


Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai
akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang
mati membawa amal amal kebaikan
di mana kuburnya akan
di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang
mati tidak membawa amal-amal
kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni
syurga kelak kerana telah mengunakan
akal sewaktu di dunia
untuk meng
hindari siksa neraka.






Belum siap lagi...


Sejujurnye, blog Wanie ni blom siap lagi...... Masih dalam proses menambah ape yang patut..... Jadi, segala kesulitan amat dikesali..........