CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Rabu, 4 Jun 2008

Kenali diri

: : SIAPA KITA EK ???... : :


Sebagai post Wanie yang pertame, Wanie nak kongsi sikit tazkirah
yang Wanie tau.... Hayatilah bersame..

Siapakah orang yang sombong
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi
tidak mahu sujud pa
da yang menjadikan
kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam.
Maka bertasbihlah segala apa yang dibumi dan langit pada
TuhanNya kecuali jin dan manusia yangsombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi
petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan
cerita2
kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam
jiwa untuk bertaubat.


Siapakah orang dunggu kepala otaknya?

Orang yang dungg
u kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu
lakukan ibadat tapi menyangka bahawa
Tuhan tidak akan
menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang
dengan kemaksiatannya.


Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya
ketika ia di dalam kemarahan.
Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan

matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya
untuk membaca selawat keatas
junjungan Rasulullah s. a. w.


Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca

dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil
pelajaran daripadanya.


Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran
yang baik namun tidak diendahkannya.


Siapakah ora
ng yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat
akan waktu solatnya seolah-olah ia
mempunyai kerajaan
seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.


Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang
yang di timpa musibah lalu dia kata
"Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini",
sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang mena
ngis airmata mutiara adalah orang-orang yang
sedang bersendiri lalu mengingat akan
kebesaran Tuhan dan
menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.


Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang
ada dan tidak loba akan kenikmatan
dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang
ada sentiasa menumpuk-numpukkan
harta.


Siapakah orang y
ang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari
kematiannya kerana dunia ini berusia
pendek sedang akhirat
kekal abadi


Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha
sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan
akhiratnya diabaikan.


Siapakah orang
yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang
senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.


Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?

Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang
tidak memperdulikan akan halal dan haramnya
akan sesuatu perkara itu.


Siapakah orang yang gila itu?

Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana
hanya dua syarat saja yang
memperbolehkan akan seorang itu
meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua

ketika ia tidak
siuman akalnya.


Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan
namun masih berat untuk melakukan
ibadat dan amal-amal kebaikkan.


Siapakah orang yang selalu ditipu?

Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka
bahawa kem
atian itu berlaku hanya pada orang tua.


Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai
akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang
mati membawa amal amal kebaikan
di mana kuburnya akan
di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang
mati tidak membawa amal-amal
kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni
syurga kelak kerana telah mengunakan
akal sewaktu di dunia
untuk meng
hindari siksa neraka.






0 komen: