CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Selasa, 24 Jun 2008

Kenape doa kite tak dimakbulkan???

Dah lame Wanie tak update blog ni...sori la ek...busy cket...Kali ni Wanie nak kongsi pasal "Sebab-sebab Doa Ditolak".....


PERTAMA
=Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan hak-Nya.

KEDUA
=Kamu berkata bahawa kamu cinta kepada Rasullah s..a.w. tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.

KETIGA =Kamu telah membaca AL-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.

KEEMPAT =Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersykur kepada-Nya.

KELIMA =Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.

KEENAM =Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.

KETUJUH =Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.

KELAPAN =Kamu berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.

KESEMBILAN =Kamu bangun dari tidur, lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.

KESEPULUH =Kamu kebumikan mayat-mayat sahabat kamu, tetapi kamu tidak mengambil iktibar (pengajaran) daripada mereka.

0 komen: